Arkib Pos Untuk April, 2008

Sekarang Musim Paip Air Pecah

Paip Air PecahHaih, entahlah apa nak jadi dengan tempat tinggal Lin ni. Setiap sebulan sekali pasti ada kes paip air pecah.

Ada satu hari tu sampai pukul 3.00 pagi baru dapat dipulihkan.

Kalau tak ada elektrik tu boleh tahan lagilah tapi kalau ak ada air…. Haih, teruk sekali rasanya.

Tak boleh mandi, tak cukup untuk ambil air sembahyang dan paling teruk sekali tak cukup air untuk cuci *******

Apa-apa pun diharapkan pihak-pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membendung masalah ini daripada terus berleluasa.

Share/Save/Bookmark

Tulis Komen April 21st, 2008 Kategori: Aduan Daripada Lin

Selamat Datang Ke Blog Baru Linda Jaafar

Proud to be a MuslimAkhirnya dapat juga Linda memiliki blog sendiri setelah sekian lama menunggu kerana kesuntukan masa. Maklumlah Linda ni masih lagi seorang pelajar.

Sebenarnya Linda bercadang hendak menggunakan blog percuma di Wordpress.com atau di Blogger.com sahaja tetapi memandangkan sahabat baik Linda telah menawarkan blog di laman sesawang beliau sendiri iaitu di Malayablogs.com, Linda pun terus terima sahaja.

Sebenarnya beliau mahu Linda gunakan alamat blog Adifiransyah.com sahaja tetapi Linda rasa tak perlulah. Cukuplah dengan laman sesawang ini.

Selain itu Linda juga telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan dan mengawal laman sesawang Adi Firansyah.Com kerana Admin laman web ini terlalu sibuk buat masa sekarang. Maklumlah bakal pelajar universitilah katakan :-)

Apa-apa pun Linda doakan beliau berjaya dalam apa jua yang beliau usahakan. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang telah beliau lakukan selama ini dibalas dengan sebaik-baiknya oleh Allah yang esa.

Linda kenal beliau pun menerusi laman sesawang Adi Firansyah.Com yang diterajui beliau. Linda menggunakan nama samaran Lin Penang. Alhamdullillah laman sesawang ini telah pun berjaya berada dalam talian lebih kurang 6 bulan sekarang ini.

Di samping itu Linda juga ingin mengucapkan salam kenal kepada semua AHLI ADI FIRANSYAH.COM yang lain seperti Bedah 38, Shahlis dan lain-lain atas kerjasama anda selama ini.

Jika ada masalah-masalah yang berkaitan dengan laman sesawang Adi Firansyah.Com, silalah menghubungi Linda di “website @ adifiransyah . com”.

Share/Save/Bookmark

4 Komen April 20th, 2008 Kategori: Coretan Daripada Lin


Kalendar

April 2008
M T W T F S S
    May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib Simpanan Pos

Kategori

Pos-Pos Terkini

Komen-Komen Terkini

Pos-Pos Dikemaskini

Random Posts

RSS Adi Firansyah

RSS Malaysia Blog

RSS Afiq's Blog