Selamat Datang Ke Blog Baru Linda Jaafar
April 20th, 2008 Kategori: Coretan Daripada Lin
Akhirnya dapat juga Linda memiliki blog sendiri setelah sekian lama menunggu kerana kesuntukan masa. Maklumlah Linda ni masih lagi seorang pelajar.
Sebenarnya Linda bercadang hendak menggunakan blog percuma di Wordpress.com atau di Blogger.com sahaja tetapi memandangkan sahabat baik Linda telah menawarkan blog di laman sesawang beliau sendiri iaitu di Malayablogs.com, Linda pun terus terima sahaja.
Sebenarnya beliau mahu Linda gunakan alamat blog Adifiransyah.com sahaja tetapi Linda rasa tak perlulah. Cukuplah dengan laman sesawang ini.
Selain itu Linda juga telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan dan mengawal laman sesawang Adi Firansyah.Com kerana Admin laman web ini terlalu sibuk buat masa sekarang. Maklumlah bakal pelajar universitilah katakan
Apa-apa pun Linda doakan beliau berjaya dalam apa jua yang beliau usahakan. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang telah beliau lakukan selama ini dibalas dengan sebaik-baiknya oleh Allah yang esa.
Linda kenal beliau pun menerusi laman sesawang Adi Firansyah.Com yang diterajui beliau. Linda menggunakan nama samaran Lin Penang. Alhamdullillah laman sesawang ini telah pun berjaya berada dalam talian lebih kurang 6 bulan sekarang ini.
Di samping itu Linda juga ingin mengucapkan salam kenal kepada semua AHLI ADI FIRANSYAH.COM yang lain seperti Bedah 38, Shahlis dan lain-lain atas kerjasama anda selama ini.
Jika ada masalah-masalah yang berkaitan dengan laman sesawang Adi Firansyah.Com, silalah menghubungi Linda di “website @ adifiransyah . com”.
Fail Pos Di Bawah Kategori: Coretan
4 Komen Sila Tulis Komen.....
1. Linda Jaafar | April 20th, 2008 at 11:48 pm
Sila tinggalkan komen anda…..
2. linda | June 13th, 2008 at 9:18 pm
penggunaan nama linda jaafar ni menjadi isu dikalangan sebelah saya.kononnya saya berangan memiliki blog sendiri..urgh..kenapa lah tiada nama lain yang boleh anda gunakan selain dari nama
indah ini…
rupanya linda hanyalh seorg pelajar..buat makluman anda nama ini ialah nama yg paling panas dlm waktu terdekat ini…maklumlah masyarakat kita terkenal dg sikap hasad dengki yg keterlaluan..
3. Pay | June 29th, 2008 at 5:56 pm
halo linda salam kenal dari sahabat indonesia….tulisannya cukup sangat lah…
4. edoniceguy | July 26th, 2008 at 4:02 pm
Linda, Selamat buat anda. Semoga jadi forum yang bernilai positif buat semua. Namun saya tak sependapat dengan ulasan anda tentang Anwar Ibrahim, tetapi Itulah demokrasi. Berbeda tapi bersaudara. Bukan berbeda masuk penjara(jail). Selamat buat adek Linda.
Sila Tulis Komen.....
Sesetengah HTML Dibenarkan:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Jejaki Pos Ini (Trackback) | Langgan Komen Ini Melalui Suapan RSS (Feed)