Malaysia Dan Rampasan Kuasa

May 15th, 2008 Kategori: Politik Daripada Lin

Anwar Ibrahim

Sejak kebelakangan ini, heboh diperkatakan mengenai cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha mati-matian untuk mendirikan kerajaan Malaysia yang baru.

Pelbagai tindakan telah dan sedang diambil beliau untuk memastikan impian beliau tercapai termasuklah dengan merasuah Yang Berhormat daripada parti pemerintah Barisan Nasional.

Lin sentiasa berdoa supaya beliau tidak berjaya mencapai apa yang beliau impikan kerana bagi Lin, impian beliau ialah “impian yang memusnahkan” (destructive dream).

Lin sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin, berdoa dan berharap, negara Malaysia yang tercinta ini dapat terus aman dan makmur dibawah pemerintahan sedia ada. AMIN.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (Al-Hujurat: 6)

Share/Save/Bookmark

Fail Pos Di Bawah Kategori: Politik

13 Komen Sila Tulis Komen.....

  • 1. Afifah  |  May 15th, 2008 at 10:25 pm

    Saya pun sebenarnya tak suka dengan beliau sebab tindakan keterlaluan beliau semata-mata mahu menjadi perdana menteri Malaysia.

    Saya harap beliau dapat sedar bertapa banyak kucar-kacir dan kerosakan yang beliau telah lakukan selama ini.

  • 2. Lin  |  May 16th, 2008 at 12:20 pm

    Semoga hasrat kita semua termakbul. Amin.

  • 3. dol  |  July 19th, 2008 at 1:11 am

    aku harap dan berdoa kerajaan yg sedia ada ni cpt2 la bertukar dan mana2 wakil rakyat,menteri2 yg lebih2 sedut duit peruntukan, rasuah,fitnah org cepat2la tobat dan letak jawatan kerana akan datang bala drpd tuhan.HIDUP ANWAR IBRAHIM n NIK AZIZ…(aku xleh tahan gelak tgk shaberi chek ckp melalut masa bedebat dgn anwar)

  • 4. Dinda Pesona  |  July 23rd, 2008 at 12:55 pm

    bagus2.. jgn nak sokong anwar mengong tu..

  • 5. edoniceguy  |  July 26th, 2008 at 3:57 pm

    Anwar Ibrahim is the best for Asian.

  • 6. Mahadet kutty  |  August 8th, 2008 at 4:26 pm

    Surah alhujarat td menerangkn berita dr org fasik jgn diterima
    jadi..Bolehkah kita menerima berita liwat dari konspirasi fasik najib monggolia…
    Lin pun klw nk biasiswa unversity monggolia boleh lah jumpa najib monggorila rogorela…Kah3x

  • 7. Mat Kee  |  August 14th, 2008 at 11:51 am

    Assalamualaikum Linda,
    Siapa yang pinggirkan nasib orang Melayu Pulau Pinang selama 51 tahun?, Parti mana yang terlibat politik wang?, Orang apa yang rasuah? Siapa yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar? Kalau PKR tak tadbir Selangor, siapa yang nak ternak babi di Sepang?, Siapa yang runtuhkan surau?, siapa yang menguasai masjid untuk tujuan politik? Siapa yang sokong program maksiat di TV, pesta-pesta dan konsert maksiat? Siapa yang terlibat dengan skandal dan zina?Siapa yang tidak suka perlaksanaan hukum/ undang-undang Allah? Siapa telah bunuh siapa? Siapa memenjarakan siapa? Siapa yang memenjarakan orang tanpa bicara? Siapa yang tak bagi biasiswa kepada pelajar Melayu? Siapa yang bagi biasiswa kepada bukan Melayu? Siapa yang bagi MRSM kepada bukan Melayu? Siapa yang bagi bukan Melayu sebagai warga negara? Siapa yang hapuskan Tanah Rizab Melayu? Siapa yang hapuskan tulisan Jawi? Siapa yang hapuskan Bahasa Melayu? Siapa yang hapuskan Pendidikan Islam dalam UPSR dan (akan) PMR?…. banyak lagi nak tanya, tapi banyak manapun soalan… jawapannya adalah sama iaitu orang yang sekepala dengan Linda. Firman Allah dalam surah Hud (11) ayat 113. “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. ” Orang-orang yang Linda sokong itu kaya raya, mewah… dapat syurga dunia… menanggung dosa. Tetapi Linda yang sokong orang-orang tadi tu tak dapat apa-apa (saya agak je), tapi konfirm dapat dosa yang sama.

  • 8. poji  |  September 9th, 2008 at 5:55 pm

    kita tgk la cmane….
    tapi kalau tgk tanda2 awl tu mmg nasib org melayu da kena pinggir la.
    dap baru mng sket da berani nk komen pasal raja.
    da dapat malaysia pasni tatau la nk jadi apa.
    ak pon tapaham cmne pas leh join dorang..
    adoi…….

  • 9. Amnyh  |  September 11th, 2008 at 6:39 pm

    Bagi rasuah pada 30 menteri tu. Kata nak cegah rasuah?!

  • 10. Abuya Alfakir  |  September 15th, 2008 at 8:07 am

    Nasib Melayu terus layu.Pembelaan segera diperlukan.Banyak sgt isu yg timbul.Melayu bandar dan kampung dihimpit dilema.soal kos hidup meningkat semakin merimaskan.Pimpinan Melayu mesti bangkit menyelamatkan bangsanya.

  • 11. enemysterious  |  September 16th, 2008 at 5:34 pm

    kenapa nak gaduh2?? nak kata diorang amik duit hangpa takde la rase sangat.. masih boleh bayar duit rumah.. duit keta.. boleh beli baju anak2.. yg paling penting boleh gak lah makan kenyang-kenyang… kot ade yg tak dapat makan senang cite golongan miskin kot tukar kerajaan anwar pon still tak dapat makan.. tak de mase nye deh org besar2 ni nak monitor mende ni semua.. aku bukan ape.. nak sokong anuar kang buat iye dia meliwat siapa aku disisi Allah sbb menyokong org meliwat.. kalo aku sokong BN kot ye mereka membuat fitnah siapa aku disisi Allah kerana bershubahat.. korang pikir2 lah sendiri.. jangan hanya nak senang (kononnya harga minyak turun korang senang) rentikanlaa.. silap haribulan Anwar naik jd PM, Malaysia jadi republic.. kalau republic takpe lagi.. buatnye diktator.. dan tak mustahil berkenaan ISA siapa yg membangkang hari ni kalau paklah kene sumbat ISA mereka pulak memadankan muka paklah.. Suara ” hah, amik ko.. ko pulak rasakan” tak mustahil keluar.. mana dia pendirian yg nak hapuskan ISA.. dah tukar jadi sokong pulak.. ape pon semuanya ade kepentingan sendiri.. pandai2 lah korang jaga kepentingan korang.. jangan kerana pentingkan diri sendiri yg kononnya untuk semua, last2 hilang maruah diri.. kalo dah nama merampas, elokkah die menjadi seorang pemimpin?? tak mustahil anak bini ko pon diorang rampas.. Jangan ikut emosi.. guna akal fikiran.. bila seorang dah dapat mengawal emosi korang bermakna diorang adalah pemimpin yg zalim…

  • 12. HAKIM  |  September 17th, 2008 at 6:35 pm

    APE NAK JD MALAYSIA LA NI…..SBBKN POLITIK NGRA KUCAR KACIR…MELAYU GAK YG RUGI….KAUM LAIN GEMBIRA LA…PK PK LA SEMUA…..

  • 13. masak asam  |  September 20th, 2008 at 10:25 pm

    ikut je la siapa pun yg nak pimpin negara..pembangkang adalah satu keperluan dlm negara yang demokrasi, at least kerajaan x boleh la nak sesuka hati dlm memerintah, bkn demokrasi la namanye 2..4 me the opposition party is an alternative choice 4 the people..kalu kita dah nampak kepincangan dlm pemerintahan kerajaan skrng, ape salahnye kita bagi peluang orang lain plak yang pegang tampuk pimpinan. kita lihat je sama ada diorng bleh bwt better dri kerajaan sedia ada..

    THE CHOICE IS 4 THE PEOPLE 2 MAKE..CHOOSE WISELY!!

Sila Tulis Komen.....

Diperlukan

Diperlukan

Sesetengah HTML Dibenarkan:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Jejaki Pos Ini (Trackback)  |  Langgan Komen Ini Melalui Suapan RSS (Feed)


Kalendar

May 2008
M T W T F S S
« Apr    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib Simpanan Pos

Kategori

Pos-Pos Terkini

Komen-Komen Terkini

Pos-Pos Dikemaskini

Random Posts

RSS Adi Firansyah

RSS Malaysia Blog

RSS Afiq's Blog